Followers

My Love

My Love

Tuesday, February 14, 2012

TEMPORARY OUT OF SERVICE

Salam rakan-rakan blogger dan pembaca semua.

PENGUMUMAN PENTING

BLOG INI AKAN BERHENTI BEROPERASI BUAT SEMENTARA WAKTU DISEPANJANG BULAN FEBRUARI INI. Untuk pengetahuan semua juga AKAUN FACEBOOK Queen juga sudah DEACTIVATED.

InsyaAllah akan beroperasi semula pada bulan MARCH. Dikesempatan ini Queen nak ucapkan TERIMA KASIH kepada follower-follower yang semakin bertambah dan kepada rakan-rakan yang kerap menjenguk dan singgah di sini. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Semoga you all terus memberi sokongan kepada Queen.

p/s: Doakanlah Queen cepat kembali ye.....

THANX TO ALL & LOVE YOU ALL

Thursday, February 9, 2012

Khamis Spontan #15

SEORANG ISTRI YANG DIMARAHI SUAMINYA ITU TERLAKNAT

Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis, "Wahai ayahku, semalam aku sempat bersitegang dengan suamiku. Ia marah karena merasa tersinggung oleh salah satu ucapanku. Menyadari akan
kemarahannya, aku pun menyesali apa yg telah aku perbuat, lalu aku meminta maaf kepadanya. Namun, dia
tetap belum mau berbicara denganku dan terus memalingkan wajahnya dariku. Maka, aku terus berupaya merayunya dengan kemanjaan dan kelembutanku hingga ia tertawa ceria dan kembali menerimaku. Aku Takut Tuhanku mengambil nyawaku pada saat-saat diriku berada dalam kemarahan suamiku". 

Sang ayah pun berkata, "Wahai putriku. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-NYA, jika engkau meninggal dunia sebelum ia meridhaimu, maka aku pun tidak akan ridha kepadamu. Bukankah engkau mengetahui bahwa seorang perempuan yang dimarahi suaminya itu terlaknat sebagaimana dikatakan dalam Taurat, Injil, Zabur dan AL-Quran. Bahkan, bukankah kemarahan suami itu bisa mempersulit sakratul mautnya dan mempersempit kuburannya. Maka beruntunglah seorang wanita yang suaminya selalu tenteram dan rela kepadanya". 

p/s:  Semoga kita tidak berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan suami sekaligus suami tidak meredhai kita sebagai isteri... (Untuk perempuan je ye... Jangan nnt ada yg kata saya lelaki... huhuhu)

p/s: kena check balik dengan suami ni segala salah dan silap... sedang perbaiki diri.. (^___^)

Monday, February 6, 2012

Mengenali Rasulullah SAW...

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:

• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: 

Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku


 Sumber: facebook.

p/s: Semoga kita dapat lebih mengenali Rasulullah SAW dan semoga sirah ini dapat dipanjangkan kepada anak-anak kita.. Walau rasanya pasti ada yang buat entri yang serupa tapi Queen masih nak letak dan publish di blog Queen supaya anak Queen boleh baca sirah ini melalui blog ummi mereka... Salam Maulidur Rasul 1433H.


Saturday, February 4, 2012

Anak siapa ni?

Terpaksa bawa Ammar ke ofis...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 3, 2012

Kerja Oh Kerja...

Salam rakan-rakan blogger dan pembaca sekelian. Bila bercakap tentang kerja pastinya sampai bila-bila pun tak akan habis selagi kita tak tutup mata. Minggu 8ini adalah minggu yang mencabar mental dan fizikal Queen. Setiap hari almost 7 malam baru bergerak keluar dari ofis. Sampai rumah dah maghrib, suami dan anak menanti di rumah. Suami pula terpaksa korban masa untuk training takraw setiap petang untuk ambil anak di taska.


Tekanan memang amat dirasai bila kakitangan tidak mencukupi, walau hakikatnya Queen mempunyai kaki dan tangan yang cukup tapi bila berjalan tetap tempang. Manakan tidak cacat seorang staff dah berhenti dan seorang lagi cuti bersalin.


Sememangnya rasa mahu meraung bilamana kerja yang sedia ada sememangnya dah padat ditambah lagi kerja lain yang perlu dipantau dan perlu menggantikan orang yang dah berhenti dan bercuti. Langkah serasa seperti tidak cukup kaki, tangan walau ada dua masih tak mampu nak menampung kerja yang ada. Otak pun dah letih, tepu dan beku untuk terus fikir dan fikir. Hingga sampai satu tahap serasa otak dah jammed!


Apabila keadaan begitu menekan kadang-kadang rasa nak letak je surat berhenti dengan notis 24jam! I am not a robot can do everything by myself boss! Ijust need an assisstant to help me! Please... Please... Please coz I really need some help from others! Did you hear me boss?? Arghhhh terpaksa berkorban masa but I got nothing! Huhuhuhu ini tidak adil... Tidak adil bagiku...


Queen bersukur juga kerana dalam keadaan yang begitu menekan dan menguji mental dan fizikal ini baby dalam perut dah tak ada. Bagaimana agaknya jika kandungan masih ada? Mampukah si kecil bertahan? Bolehkah si kecil membesar dengan sihat sedangkan si ibu sentiasa tertekan dan stress? Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui akan sesuatu dan inilah hikmahnya... Walau memang terlalu menginginkannya tapi Kau lebih tahu aku redha dan aku bersyukur...


P/s: mood kelaut, letih dan entri sekadar luahan perasaan yang sedang sarat dengan tekanan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Carian Anda...

Loading...

statcounter