Followers

My Love

My Love

Friday, January 20, 2012

Isteri Calun Neraka


 Salam Jumaat rakan-rakan blogger dan pembaca semua. Hari ini Queen nak share tentang ciri-ciri isteri calun neraka. Andai ada ciri-ciri tersebut dalam diri para isteri sekelian, perbaikilah ia.


-Tidak suka mengerjakan solat

-Suka bercakap bohong kepada suami

-Suka berhias selain untuk suaminya

-Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh suami

-Tidak menghormati suami

-Suka mencari musuh

-Sombong 

-Tidak takut kepada Allah sedikit pun

-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah

-Tidak mahu minta maaf kepada suami

-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja

-Degil dan keras kepala

-Merasakan diri lebih baik dari orang lain

-Suka berpoya-poya

-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar

-Suka memandang rendah kepada orang lain
 
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda: 

“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.

Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ? 

“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “. 

Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “. 

Beliau bersabda 

“ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “

Buat para isteri, renungi dan perbaikilah diri kita demi mendapat keredhaan dari suami dan juga redha Allah SWT. Kepada isteri yang bekerja kadang-kadang kita berhias berlebih-lebihan untuk nampak menarik dan cantik dikalangan rakan-rakan dipejabat. Akan tetapi kita lupa bahawa wanita berhias hanya untuk suaminya.
Ada juga isteri yang sering merungut kerana suami tidak memberikan kemewahan seperti yang mereka inginkan malah ada juga isteri yang seringkali merendah-rendahkan suami mereka kerana ketidakmampuan tersebut. Nauzubillah... Walaupun isteri lebih berjawatan tinggi dari suami tapi suami wajib dihormati. Berdosa besar kiranya menjadi isteri yang derhaka.

Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah SWT daripada bersifat dengan sifat yg akan membinasakan kita di dalam neraka Allah…

p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga... 

20 comments:

  1. bagusnya n3 queen ni boleh kongsi tak..

    nak bg kat mereka2 yg derhaka dgn suami..diorg rasa dah ok..

    tapi..Nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.. ilmukan untuk dikongsi.. entri ni pun bertujuan utk saling mengingati... kdg2 dlm sedar kita tak sedar atau pura2 tidak sedar semua perkara yg isteri lakukan terhadap suami.. kdg2 Queen sendiri mungkin ada terlebihnya... >>>> sedang perbaiki diri...

      Delete
  2. Belum kahwin...tapi terasa sifat degil dan keras kepala tu ada..alamak...kena perbaiki ni..thanks for de info ("",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe masih belum terlewat lg tue...

      Delete
  3. Takutnya baca,,bila saya dah jadi isteri isteri orang,,i.Allah saya akan berusaha mnjadi yang tebaik untuk suami..i.Allah..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu takut.. perkara masa bkn jadi isteri org pun kena elakkan.. tukarkan aje suami tu kpd ibubapa... kan sama ajer..

      Delete
  4. Taat selagi tidak melanggar syarak dan batas agama takpe... paling baik jadilah isteri yang tidk hipokrit.

    ReplyDelete
  5. harap saya diketemukan dengan calon isteri yang baik2 ... amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. bykkan berdoa ye Gen2...

      Delete
  6. gen2merah tu asyik seru tulang rusuk dia yg hilang jer..hek3..

    oooppsss...

    **moga anda menjadi isteri yang mentaati suami dan patuh pada perintah Allah (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. org sedg berkelana mmg begitu...

      p/s: terima kasih..

      Delete
  7. semoga kita menjadi isteri yg saling ingat mengingati dan dijauhi dari memiliki sifat2 keji yg memudharatkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. begitulah harapannya...

      Delete
  8. semoga bila saya menjadi isteri, saya terhindar dari perkara2 ini... hurm... syurga seorang isteri itu ada pada suami... dan syurga seorang suami itu, ada pada ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. andai kita tahu batas2nya..

      Delete
  9. entri yang bagus queen...ini juga salah satu tanggungjawab suami...mengubah isteri ke arah kebaikan...kalau ada sifat2 nie dalam isteri...kena ubah dengan menasihat mereka ataupun mengikut landasan agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kancil.. suami pun memainkan peranan.. jika terlihat sikap buruk isteri maka suami kenalah tegur...

      Delete
  10. astagfirulloh... semoga hal tersebut tidak ada pada diri kita, amiin ya rab

    ReplyDelete
  11. semoga kita bisa memperbaikinya dan menjadi istri yg sholehah, amiin

    ReplyDelete

Carian Anda...

Loading...

statcounter