PENGEDAR JAMU SUSUK DARA

Entri Terkini

Carian Anda...

Loading...

Friday, October 21, 2011

Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Kedua Ibu bapa Selepas Berkahwin

Salam Jumaat rakan-rakan blogger... Lama rasanya Queen tak menjengah ke blog... Walau lama Queen tak menjengah masih ada gak rakan-rakan yang sudi singgah dan komen di blog Queen ni. Terima kasih banyak-banyak yer... 

Walau masih bz dengan kerja-kerja di ofis arini Queen nak share dengan korang tentang TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI KEPADA KEDUA IBUBAPA SELEPAS BERKAHWIN. Sesuai untuk pengetahuan kita semua baik lelaki, perempuan, suami dan juga isteri. Bagi yang belum berkahwin jadikanlah ini panduan untuk korang semua ye. 

Entri kali ini bukan ditujukan kepada sesiapa ia adalah untuk peringatan kita semua. Ingatlah bahawa kita juga akan ada anak lelaki. Kepada isteri-isteri yang mungkin tidak mengingatkan suami mereka akan tanggungjawab suami sebagai anak lelaki kelak isteri anak-anak kita juga akan buat perkara yang sama.. Akhirnya kita sebagai ibubapa yang akan melalui frasa yang sama seperti ibubapa suami kita lalui.

Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Lainlah halnya bagi seorang wanita bagi mereka setelah bernikah segala aspek kehidupannya haruslah dibawah jagaan dan perhatian suaminya.

Walaupun ia berhajat ingin berkunjung ke rumah ibu bapanya sendiri si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suaminya. Jika kalian yakin bahawa keperluan hidup keluarga terjamin dari segi tempat tinggal dan makanan mereka, maka teruskanlah membantu kedua ibu bapa kalian demi kebahagiaan kalian  sendiri baik di dunia mahupun di akhirat.

Keinginan isteri untuk bermewah-mewah sehingga mengabaikan tangungjawab kita terhadap ibu bapa sendiri adalah merupakan perkara yang tidak terpuji. Adalah lebih baik suami memberikan nasihat secara baik dan hikmah agar ia memahami kedudukan yang sebenar menurut syarak. Maka tugas seorang suami mendidik isteri menjadi wanita solehah dan tidak mengikut kehendak nafsunya secara berlebih-lebihan.

Disini kami kemukakan sebuah hadis yang agak panjang tentang sikap seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.

Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.

Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.

Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.

Diriku takut jika engkau binasa.

Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.

Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Dengan hadis diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.

Sekiranya ibu bapanya miskin tidak  berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.

Anak lelaki perlu sentiasa bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya terutama sekiranya mereka telah tua dan uzur pula.  Amalan ini penting kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak di hati dan sanubari cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT.

Isteri tidak boleh menghalang atau menyekat perhubungan kasih sayang dan prihatin suaminya kepada kedua ibu bapanya kerana hak anak tetapi wujud  walaupun dia sudah mempunyai keluarganya sendiri.

Isteri harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa mertuanya dan dia tidak boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya  sahaja kerana anggaplah bahawa ibu bapa suaminya adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.

Oleh itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya sekiranya dia menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya sendiri hingga dia tergolong sebagai anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik.

Jadikanlah ia pengajaran untuk kita semua. Tanggungjawab anak lelaki bukan perlu dijalankan seminggu sekali akan tetapi SENTIASA.... Maka kita sebagai isteri dan suami sendiri kenalah peka akan hal ini. Zaman sekarang ni hal-hal menjaga kedua ibubapa kebanyakkannya diletakkan ke atas anak perempuan sedangkan mengikut hukum anak perempuan hak mereka selepas berkahwin adalah di bawah hak suami... Waallahualam... 

p/s: Ada sesiapa yang makan cili harap maaf yer..... (^___^) sekadar untuk mengingatkan di manakah anda sebagai anak lelaki dan anak perempuan. Mana yang lebih berhak dan wajib. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Selamat beramal!

29 comments:

  1. Selau diperingatkan dan didedahkan pada kita hal-hal tanggungjawab anak (lelaki/perempuan) terhadap ibu-bapa tapi masih ramai ibu-bapa yg menangis kerana anak-anak.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak.. saya akan ingat ini.. mintak copy ye.. utk simpanan..

    ReplyDelete
  3. biar anak menangis skrg..jgn kita menangis esok....

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie betul tu.. anak2 yg mementingkan diri dan lari dari tanggungjawab.

    @ZUl Fattah sila2.. x kisah pun untuk ilmu bersama...

    @Cinnamon.com betul tue...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini ya Queen...

    Baik suami mahupun isteri, perlunya ada tanggungjawab yang perlu untuk kebahagiaan rumah tangga yang harmoni..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas peringatan ini.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. besarnya tanggungjwab seorang anak lelaki..

    harap saya ingat pesanan ni!

    ReplyDelete
  8. besar tanggungjwb anak lelaki nie kan :)

    ReplyDelete
  9. betul tu kak. saya sokong entry ni. jangan lupa dgn apa yang ibu dan bapa kita dah buat utk besarkan kita.

    ReplyDelete
  10. Lagi2 anak sulung besar tangungjawab tu hmmm,

    dah masuk bloglist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp ade jugak anak sulung yang mengungkit jg mak bapak. cam ner tu. ermmmmmmm...

      Delete
  11. selamat malam kak ... moga ceria2 selalu ya

    ReplyDelete
  12. Nice entri...betul tu...besar tanggungjawab anak lelaki...Kancil sendiri mengakuinya...bersyukur kepada sesiapa mempunyai mak bapa pada ketika ini

    ReplyDelete
  13. oh ingat tu wahai lelaki... =)

    anak perempuan pun jangan la lepas tangan ok..


    Stunning dolls photography! [cute]

    ReplyDelete
  14. @Gen2 Merah betul tue.. kena tahu mana yang wajib dan yg utama...

    @KiD sekadar saling mengingati bagi kita yg seringkali lupa dan lalai..

    @Anak Wak Mail mmg besar.. tp kalo kita ambil mudah besar juga yang perlu kita tanggung...

    @Stella betul tu.. sbb tu kita sbg isteri kenalah bertolak ansur dgn ibubapa mertua krn mmg mereka ada hak atas anak mereka asalkan kita sbg isteri dan anak tidak terabai..

    @Nasz bagus tu Nasz.. byk skrg bila dah kawin terus jd lupa diri smp dia lupa bhw dia pun akan ada anak dan apakah perasaan mereka bila anak mereka lakukan perkara yg sama spt yg mereka lakukan terhadap ibubapa mereka..

    @Bro Ahmad betul tu.. Anak sulung lelaki dan juga anak2 lelaki yg lain juga...

    p/s: thanx!

    @Gen2 Merah selamat pagi dah ni.. hehehehe

    @Kancil 8349 kan Kancil.. yg penting kita tahu mengutamakan mana yg utama dan tidak mengabaikan tanggungjawab yg sepatutnya kita galas sbg anak dan suami serta isteri.

    @princess ayu tanggungjawab bagi lelaki terhadap ibubapa adalah wajib dan bg anak perempuan ia tidak wajib dan jika berkemampuan kenalah membantu sama.

    ReplyDelete
  15. saya selalu ingat z perkara yang sama.
    sebab saya tahu bila saya berkahwin dengan dia, tanggungjawab dia terhadap keluarganya masih tetap sama malah lebih dari saya.
    seorang anak lelaki harus taat kepada ibunya. dan seorang isteri harus taat pada suaminya. perkara ni akan rotate pula apabila si isteri menjadi ibu kelak.

    ReplyDelete
  16. Tp cmne pula kalau lelaki tersebut berada dlm situasi seperti berikut..
    1. Mempunyai isteri yg bekerja tp gaji byk kene potong sbb bantu suami sehinggakn melebihi peratus yg dittpkn smp dpt surat warning. Potongan tersebut trmasuk rumah yg diduduki.
    2. Lelaki tersebut ade dpt durian runtuh.
    3. Tunggakan kereta nk masuk 4 bulan & mcm2 lg kperluan yg perlu disediakn.
    4. Tp... dr jumlah wang trsebut hnya byr 2 bln je tunggakn kereta & byk perkara tk setel lg.
    Dia pergi byr tunggakn kereta utk abg dn ayahnya. Sehinggakn perbelnjaan lain tk mncukupi utk gaji strusnya. Maka si isteri tkde pilihan lain trpksa mnggunakn wang simpanan ank utk perbelnjaan.
    Di sini betulkah ape yg lelaki trsebut lakukn? Apakah hukumnya beliau mengabaikn anak isteri krn utk melaksanakan tgjwbnya sbg anak dan adik kpd keluarganya. Sehinggakn trlafaz prmintaan utk berpisah dr isterinya sbb tk tahan dgn situasi trsebut yg byk kali beliau lakukn? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kpd anonymous sila rujuk pandangan rakan-rakan saya akan hal di entri ini http://queenofbutterfly.blogspot.com/2012/03/soalan-dari-pembaca.html harap ianya dapat membantu... :)

      Delete
  17. Sedih sungguh saya bila mengenangkan ibu dan bapa saya:( saya ada 3 abang dan 1 kakak & seorang adik perempuan. Namun, tidak seorang pun dari mereka yg menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun tenaga(saya menjaga & merawat ibu saya yg sakit stroke)..:(

    ReplyDelete
  18. Sedang saya melungsuri google, saya terpandang blOg ini! Alhamdullilah! Sekurang-kurangnya saya boleh buat rujukan..Sehingga kini, abang2 dan kakak saya serahkan bulat2 tanggungjawab mrk pada saya:( saya srng isteri dan 3 anak kecil masih bersekOlah.. Puas sudah saya mohon mrk bantu saya dari segi perbelanjaan rawatan mak dan bpk tapi tidak mendatangkan hasil..
    Saya kini bergantung pada Yg Maha Esa, Ar-Razzaq Ar Rahim..

    ReplyDelete
  19. sy pun sedih fkir sikap abg2 sy yg berubah bila dh berkahwin..kuasa wanita telah mengubah sikap lelaki..lbih pentingkan isteri daripada mak ayah..

    ReplyDelete
  20. minta copy ye.. sbagai peringatan msa dtg nt.. :)

    ReplyDelete
  21. Ini adalah kisah benar, anak lelaki doktor pakar dan seorang pembantu arkitek melepaskan tanggung jawab menjaga kedua ibu bapa kepada adik radik beperempuan dengan alasan sibok bekerja siang dan malam. Hanya dengan memberi wang ringgit tanggung jawab pada sangkaan mereka lepas begitu sahaja. Kalau balik kampung sekejap sahaja sehingga si ayah mengelar anak lelaki macam pelancong, Ayah berkata aku tak mahu duit engkau, aku nak kau jaga emak dan ayah kerana duit pencen aku melambak. Si ibu tahu anak lelakinya selalu menziarah anak-anaknya di kolej berdekatan kampung tetapi tak mahu ziarah ibu di kampung dan tahu anak lelakinya takut isteri lalu si ibu melafaskan anak lelaki tersebut sebagai anak derhaka. Akibatnya Allah telah membayar tunai didunia, anak lelaki yang disanjung tinggi dan menjadi harapan untuk menjadi pegawai kerajaan hancur berkecai. Perkara ini berlaku kerana siayah salah mendidik anak-anak hanya mementingkan pencapaian akademik tetapi tidak mementingkan agama. Nasihat kepada ibu bapa jika anak kita berjaya jadi doktor/akitek/peguam dan jawatan tinggi belum ada jaminan ibu bapa akan terbela apabila sudah uzur dan tak terdaya jadi bagilah didikan agama dan doakan anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Akibat dari kisah diatas, anak-anak lelaki meminggirkan kedua ibu bapa, menantu yang jadi mangsa sehinggakan menantu bertanya anak lelaki buat apa kerja besar tetapi tak bertanggung jawab setakat bagi duit bulanan menantu-menantu pun bolih bagi, harta nak 2/3 tetapi jaga ibu bapa 0/3

    ReplyDelete
  22. kalau anak lelaki tunggal yang terlalu menjaga ibubapanya sehingga mengabaikan anak bini sendiri macam mana ye?anak masuk wad sanggup tinggalkan anak kerna ingin balik kg untuk bersama mak ayahnya walhal isteri keseorangan menjaga anak yang tengah sakit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dengar cerita mesti tentang ansk lelaki yg derhaka.belum pernah dengar cerita anak perempuan derhaka, melainkan menantu perempuan gv tak hormat ibjbapa mertua.
      Bagi lelaki...isteti anak2 hiasan dunua...mak ayah jaminan syurga
      Sebab tulah...kena bagi makan mak ayah dulu barj anak isteri.

      Delete
  23. saya nak tanya pendapat saudara/saudari.semasa suami saya kecil,parents dia abaikan dia seperti tak sediakn makan secukupnya,tak sediakan pakaian yang sempurna dan tak ada bagi sokongan emosi.pendek kata mak dia mmg tak pedulikan dia walaupun mak dia tak ada masalah duit.sekarang,bila dia dah kerja mak dia berbaik semula dgn dia,mintak duit etc.bolehkah dia pilih untuk tak bagi duit kat mak dia?apakah hukum dalam islam mengenai kes mcm ni?adakah dia boleh menjadi anak derhaka?sebab yg saya tau penderaan kanak2 terbahagi kepada 4; mental,fizikal,emosi dan pengabaian.terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Insyaallah...saya akan cuba buat yang terbaik...doakan saya yg akn melangkah ke alam perkahwinan...aminnnn

    ReplyDelete
  25. Sedih dgr cerita2 mengenai kelalaian anak2 menjaga ibubapa waktu usia tua mereka.teringat waktu jaga arwah mak,sebagai anak perempuan ,mak lebih selesa dgn aku utk menguruskan dirinya...namun pd pndgn aku seorang anak lelaki haruslah mendidik isterinya menguruskan ibunya sebagai ganti dirinya...kerana tangga ketaatan seorg isteri ialah mendahulukan ibu mentua kemudian barulah ibunya sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute