PENGEDAR JAMU SUSUK DARA

Entri Terkini

Carian Anda...

Loading...

Friday, November 11, 2011

Tazkirah Jumaat 11.11.11 - Hubungan Silaturrahim

Salam Jumaat yang indah rakan-rakan blogger... 11.11.11... Tarikh yang sangat cantik pada hari ini semoga hari ini kita melalui hari yang begitu indah yang boleh dijadikan kenangan dalan hidup kita.. InsyaAllah... Dikesempatan ini juga Queen ingin memperbahaskan dan berkongsi dengan korang semua tentang pentingnya HUBUNGAN SILATURRAHIM sesama kita lebih-lebih lagi di antara ahli keluarga kita.
Di hujung usia dunia yang semakin tua ini, dapat dilihat berbagai-bagai permasalahan yang timbul dikalangan ahli keluarga sendiri. Jelas kita dapat lihat kerana harta yang sedikit ada yang sampai tidak bertegur sapa bertahun-tahun malah ada yang sanggup berbunuhan sesama sendiri walaupun dengan ibubapa dan adik-beradik sendiri kerana harta dunia.
Kerana harta dunia kita lupa apa yang disyariatkan oleh Allah SWT iaitu menjaga silaturrahim.
“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits Riwayat Bukhari)
Solat berjemaah, bertakbir bersama-sama pada Aidiladha yang lepas. (Salah satu cara untuk mempereratkan tali silaturrahim di kalangan ahli keluarga
Sekuat mana pun kita beribadat, taat pada perintah Allah tapi kita lupa untuk memelihara hubungan silaturrahim sesama kita INGATLAH TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN sebagaimana sabda Nabi SAW. Hukumnya HARAM dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah SWT, sebagaimana firmanNya:
"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus bimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya." (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Oleh itu, cukup-cukuplah tidak bertegur sapa, cukup-cukuplah bermasam muka sesama sendiri... Tanganilah masalah keluarga dgn perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak dgn rasa kesedaran serta insaf. Apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan ditangguhkan keampunannya. Sepertimana hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: 
"Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun akan diampuni, KECUALI seseorang yg sdg dlm PERMUSUHAN DGN SAUDARANYA. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya smp mereka mahu berdamai."
Tidak rugi pun jika kita bermaaf-maafan, membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.. Air dicincang takkan putus. Janganlah kerana keegoaan yang ada di dalam diri menjadikan hubungan kekeluargaan itu berantakan.. Lupakah kita bahawa ahli keluarga kitalah yang akan membawa kita ke Syurga. Jika sesama keluarga pun kita tak bertegur sapa, bermasam muka apa akan jadi dalam sesebuah perhubungan kekeluargaan itu? Hubungan silaturrahim ini bukanlah perlu dijaga dikalangan ahli keluarga sahaja malah diantara sahabat-sahabat dan rakan taulan juga.
Tidak mahukah kita mendapat 10 kebaikan dan kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib bagi mereka yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat kelebihan ini:-

1. Allah SWT redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

Tak nakkah kita mendapat redha dari Allah SWT? Setiap hari kita berdoa semoga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita, tapi dalam masa yang sama kita telah memutuskan hubungan silaturrahim makbulkah doa kita itu?

 2. Membawa kebahagiaan.

Semua orang inginkan kebahagiaan... Kadang-kadang kita selalu mengeluh kerana kita rasa tak bahagia dengan kehidupan yang kita lalui.. Sudahkah kita bermuhasabah diri kenapa kita tak merasa bahagia? Selagi ada titik dan noda hitam di dalam hati kita bagaimana kita nak mengecap nikmat kebahagiaan seperti yang kita inginkan? Berbuat baik sesama kita (ahli keluarga) sudah cukup membuatkan kita bahagia.. kan?


Beraktiviti bersama-sama juga boleh mempereratkan silaturrahim... bahagiakan?


3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

Tidak mahukah kita menggembirakan para malaikat? Apabila para malaikat bergembira, dengan gembira juga para malaikat mencatit perkara kebaikan yang kita lakukan... Kalau kita bermasam muka sesama sendiri gembirakah para malaikat? Apa yang perlu dicatitkan dalam bukuharian kita nanti?


4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

Kalau dah hidung tinggi, tak bertegur sapa ada ke orang nak puji? Makin menyampah lagi adakan? Fikir-fikirkan..


5. Mengisi kesedihan Iblis.

Sudah tentunya jika kita menggembirakan para malaikat pastinya iblis akan bersedih.. Tapi jika kita mengecewakan dan memberi kesedihan kepada malaikat pastinya iblis riang gembira.. kan? Mana satu yang kita inginkan? Mengisi kegembiraan malaikat atau mengisi kesedihan iblis?? Tepuk dada tanya selera masing-masing ye.


6. Dipanjangkan umur.

Bila Allah SWT memanjangkan umur kita maka banyak lagi kebaikan yang boleh kita lakukan di muka bumi. Berbuat baik dan mengeratkan silaturrahim sesama kita saja sudah cukup untuk Allah memanjangkan usia kita kerana apabila kita berbuat baik terhadap keluarga sudah pastinya kita akan berbuat baik kepada yang lainnya. 


7. Memperoleh keberkatan rezeki.


Jika kita ini manusia yang hanya mementingkan diri, berkira sesama ahli keluarga berkatkah rezeki yang kita perolehi itu? Jika rezeki itu dikongsikan bersama ahli keluarga, saling bantu membantu sesama kita pastinya ahli keluarga kita akan mendoakan kita supaya Allah menambahkan lagi rezeki kita. Secara tak langsung keberkatan itu telah pun kita perolehi. Andai sesuatu pertolongan yang dilakukan seringkali diungkit.. sehingga menjadi perbalahan di dalam keluarga maka berkatkah rezeki tadi???


8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

Jika kita di dalam perbalahan, bahagiakah mereka yang telah meninggal dunia? Contohnya andai ibu atau bapa kita telah meninggal dunia akan tetapi anak-anaknya saling berbalah, tidak bertegur sapa, bermasam muka tenangkah ibu atau bapa kita di sana? Pastinya mereka tidak tenang, tidak bahagia melihatkan keturunan mereka yang saling berbalah... Maka untuk membahagiakan mereka pereratkanlah silaturrahim sesama kita. Pasti mereka tersenyum bahagia.


9. Bertambah-tambah kehormatannya.

Jika kita berbuat baik sesama ahli keluarga pastinya kita akan dihormati dan disegani begitu juga jika kita berbuat baik sesama makhluk ciptaan Allah SWT di muka bumi ini semestinya sesiapa sahaja akan menghormati kita. Akan tetapi andainya di dalam perhubungan kekeluargaan itu pun kita saling tidak bertegur sapa adakah kita akan dihormati? Kita nak orang menghormati kita tapi adakah kita mengormati orang lain??


10. bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkannya.

Tak mahukah kita orang-orang disekeliling kita mendoakan kita selepas kematian kita? Semua orang menginginkannya.. Pereratkanlah silaturrahim, berbuatlah kebajikan kepada ahli keluarga... InsyaAllah semua kaum keluarga akan medoakan setiap kebaikan yang kita lakukan.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas juga dengan kebaikan dan rahmatNya cuma kita sebagai manusia (Hamba Allah) yang menjadi begitu tamak, sombong dan bongkak dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Dengan mengeratkan silaturrahim sesama kita banyak kelebihan yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Oleh itu peliharalah hubungan silaturrahim kita nescaya kita akan berbahagia dunia dan akhirat kelak.. Waallahualam....


p/s: Saya bukan nak jadi ustazah tapi sekadar saling mengingati kerana kadang-kadang ustazah, ustaz pun seringkali lupa akan kepentingan memelihara hubungan silaturrahim ini.... Entri ini tiada kaitan pada sesiapa cuma mengajak kita bermuhasabah diri. Perbaiki mana yang kurang di dalam hubungan kekeluargaan itu kerana banyak manfaat yang kita perolehi jika kita memelihara hubungan silaturrahim ini...

16 comments:

  1. ye betul tu queen,anak2 yg soleh dan solehah juga...hubungan anak2 skrg ini,smkin renggang,dgn adanya,budaya pegang hp 24 jam,dgn i padnya,bila jmpa sanak saudara,duk jauh2,layan smsnya..entah le,silaturrahim utk org2 tua je kut..

    ReplyDelete
  2. thanks akak,dlu masa kecik2 kitorang adik brdik slalu gdh, smpai ke remaja pun still lg gadoh2,mmg xbleh nmpk muka lgsung.
    tp bila da bsr ni,baru la timbul rasa syg sgt kt fmly n nk rapatkan blk hbgn.

    ReplyDelete
  3. semoga hubungan silaturrahim itu kekal sehingga ke akhir hayat... amin..

    ReplyDelete
  4. bila saya tengok orang tua2 gaduh rasa sedih,,padahal benda tu boleh je selesai,,tp saya tak tua lagi,,tak boleh cakap..sebab tak tahu liku2 hidup akan datang..;)

    harap2 xdelah..;)

    ReplyDelete
  5. sis, tgk blog tu xsalah, sbb tak semua entry dia mendatangkan dosa, kita sbg org yg berfikiran kena pandai le amik yg baik buang yg kotor :)

    kita cuma support blogger utk terus menulis, manusia melakukan salah silap..

    chill!! :) peace yoww! hehe

    ReplyDelete
  6. syahdunya nengok keintiman hubungan kuarga dalam gambar.. kuarga tuan blog ke.. kuarga akak sejak adik-beradik dah kawen semua masing2 bawa haluan, time raya kekadang x sama turn balik rumah mak, tinggal la adik bongsu je teman mak n abah akak...

    ReplyDelete
  7. @cinnamon.com salahnya didikan kita sbg ibubapa juga.. sepatutnya kita tegur dan menyuruh mereka bertegur sapa, bermain bersama bkn buat haluan masing.. org tua skrg ni pun sering berbalah.. lebh sedih org tua berbalah anak turut menjadi mangsa..

    @Munna alhamdulillah jika begitu.. kecil2 mungkin kita x fhm erti pergaduhan.. tp yg peliknya bila semakin membesar makin bergaduh itu yg jd salah...

    @Gen2 insyaAllah... begitulah hendaknya

    @Ank Wak Mail.. biar bagaimana pun hidup.. knp perlu bergaduh lama.. apa yg kita dpt.. jadikanlah pengajaran sok bila kita dah tua ingtlah yg hubungan silaturrahim itu penting.

    @iMBobo... betul tue..

    @aimaniman yup.. gambar keluarga sebelah suami sya.. hubungan mereka mmg terlalu akrab.. saya mmg berasa tenang setiap kali berjumpa saudara mara suami...

    ReplyDelete
  8. datangnya hamba membawa titah untuk tuan hamba...



    http://3nogr33ny.blogspot.com/2011/11/hamba-terkena-kali-ke-2.html

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas nasihat tu...insyaallh,membawa kebaikan buat kita semua jika kebaikan disebar2kan..

    ReplyDelete
  10. jangan lupa silaturrahim antara blogger.. takmo masam muka yea.. :)

    ReplyDelete
  11. bro nak bina ukhwah je, kalau boleh ramai kawan

    ReplyDelete
  12. semoga keluarga kita kekal dan bahagia selalu....apa yang penting persefahaman dan saling hormat menghormati...Kancil setuju dengan semua entri nie

    ReplyDelete
  13. hanya dgn menjaga silaturahim je kita byk dapt ganjaran dan kebaikan... tapi masih ramai tak peduli...

    ReplyDelete
  14. salam,

    kancil dah tag blog kamu...jomlah menjawab soalan - soalan kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2011/11/kancil-kena-tag-oleh-blogger-kartunis.html

    ReplyDelete
  15. yg tua dihormati, yg muda di kasihi tak gitu kak?

    ReplyDelete
  16. GROOMING CLASSSS!!!!!
    NORMAL RM100
    STUDENT: RM85 (ONLY VALID WITH STUDENT ID)
    DATE: 19 NOVEMBER
    VENUE: EYRA RIZAL BEAUTY STUDIO, NO 42-1A, JALAN PAHAT J15/J, KOMPLEKS AUTOMOBIL, SEKSYEN 15, SHAH ALAM
    ...
    HOW TO REGISTER:PM ME
    (SMS) 016-2128740 (EYRA RIZAL) OR PM AT (FB) EYRA RIZAL
    LIMITED SEATS!!!

    SYLLABUS:
    FACIAL CARE
    MAKEUP TECHNIQUES, TIPS & TRICKS
    FASHION, ACCESORIES, SHAWL & HAIRDO TUTORIAL
    SHOPPING SESSION
    Q&A
    AND MORE!!!!

    BOOK YOUR SEATS B4 17/11

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute