Followers

My Love

My Love

Thursday, January 26, 2012

Tanjung Harapan, Port Klang

Ayah & anak
Aktiviti cuti Chinese New Year (CNY) yang tidak dirancang... Cuti panjang CNY dihabiskan sepenuh masa 1 hari berkemas di rumah, 1 hari pulang ke Kampung En. Hubby di Kuala Selangor dan 2 hari lagi seperti aktiviti biasa di hujung minggu Queen akan pulang ke Klang iaitu 1 hari di rumah mak dan 1 hari di rumah mertua. Adilkan??? Semoga orang lain memandang ia sebagai satu keadilan walau masa yang agak terhad tapi mencuba sedaya upaya untuk menziarahi ibubapa dan orang tua seperti nenek dan atok. Nak memuaskan hati semua orang memang agak susah tapi kita cuba berlaku adil sedaya upaya kita. Betul tak???

Sampai-sampai aje dah tunjuk kapal yang banyak di laut

Opsss.. macam dah lari dari tajuk jekan? Hehehehe.. Actually just nak share dengan you all aktiviti cuti panjang kami. Cuti CNY kali ini memang tidak ada plan untuk cuti-cuti Malaysia kerana mengambil iktibar pada pengalaman tahun lepas yang tersekat di dalam jammed selama hampir 12 jam perjalanan dari Penang ke Selangor! Maka kali ini hanya berjalan disekitar kawasan sahaja untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak dan suami.


Niat dihati nak duduk di atas batu ni je

Tapi si anak nak ke depan lagi

Masih nak ke depan lagi tapi Ummi dah duduk dulu... hehehe

Tanjung Harapan atau dahulu lebih dikenali sebagai Tanjung Gila. Sejarah kenapa diberi nama sebagai Tanjung Gila dan ditukar kepada Tanjung Harapan tidaklah Queen pasti. Bab yang ini kena selidik betul-betul baru boleh bagi informasi ye. Salah informasi naya je nanti.. 

Dari rumah mak Queen perjalanan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Dekat sangatkan? Tapi jarang sekali bersantai di sini. Rasanya hampir setahun jugalah tak sampai ke sini. Last datang ke sini Ammar masih berdukung dan sekarang datang Ammar dah boleh berlari. (^____^).


Berusaha memujuk spy Ammar duduk di sini

Akhirnya.... Ajak dia buat 'Peace' aje pun...

Untuk pengetahuan semua Queen pergi ke Tanjung Harapan ni bukan di waktu petang ye. Queen sampai di sini hampir pukul 12 tengahari. Hehehehe. Itu pun kebetulan Queen pergi melihat perkembangan rumah baru kami yang tidak jauh dari sini. Perjalanan dari rumah baru cuma mengambil masa 5 minit aje. Kelak bila dah pindah ke rumah baru hari-hari pun boleh pergikan?

Then.. mulalah ummi tunjuk segala yang ada di laut tu..
Cubalah you all bayangkan duduk kat atas batu-batu dikala matahari betul-betul tegak di atas kepala. Tapi disebabkan si Ammar yang begitu teruja melihat kapal-kapal besar yang ada maka Ummi pun layankan aje. Nanti menangis tak berhenti pula anak yang seorang ini.

Bila dah dapat 'port' yang agak best Queen duduk dan mulalah tunjuk pada Ammar tentang apa yang dilihatnya. Jom tengok apa yang ada di Tanjung Harapan ni ye.


Kapal-kapal yang nak berlabuh di Pelabuhan
Pengunjung yang datang melepaskan gian memancing





Keluarga yang datang bersantai sambil makan-makan menikmati udara yang nyaman. Almaklumlah katanya tengahari maka mereka ini sedang menikmati makan tengahari mengadap laut.. Bestkan?

Gerai-gerai di tepi jalan.
Ini adalah suasana di siang hari. Keadaan agak kurang meriah. Andai you all datang ke sini waktu petang keadaan dah jadi sibuk. Kenderaan lalu lalang silih berganti, gerai-gerai yang menjual makanan ringan dan minuman ni pun penuh memenuhi disetiap tepi jalan ni sampaikan nak parking kereta pun susah.

Orang pun semakin ramai bila petang. Ada yang datang sekadar untuk bersiar-siar dan tak kurang juga yang datang untuk menjamu selera. Di Tanjung Harapan ni ada satu restoran ikan bakar yang popular iaitu Muara Ikan Bakar. Makanan boleh tahan sedap jugalah dan harga pun boleh tahan mahal la juga. Hehehehe Kepada sesiapa yang teringin nak makan ikan bakar boleh datang mencuba di sini.

Ramai juga pengunjungnya terdiri dari orang yang menetap di luar daerah Klang. Ada juga yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menjamu selera di sini. Hujung minggu jika hendak menjamu selera di sini disarankan untuk membuat tempahan lebih awal atau datang ke restoran sebelum pukul 8 malam. Jika tidak sila tunggu giliran ye.. (^____^)

Kapal Replika

Replika kapal ini Queen rasa yang menjadi tarikan utama ibubapa datang membawa anak-anak mereka ke sini. Besar tau kapal ni. Ammar yang melihatnya pun teruja nak naik ke atas kapal ini termasuklah Ummi Ammar pun teruja juga sebab memang tak pernah naik pun ke atas kapal ini.

Jika tak silap Queen dahulu tidak dibenarkan untuk naik ke atas kapal ni dan tak tahu kebetulan hari itu kami datang boleh pula naik. Maka kami anak beranak pun excited habislah nak tengok permandangan laut dari atas kapal ni.

Akan tetapi bila dah naik ke atas kapal tak sampai 5 minit Queen nak turun dah. nak termuntah pun ada kalau berada lama-lama kat atas tu. Manalah tak rasa nak muntah segala macam bau pun ada. Bau 'hancing' pun kuat.. Adesss.. Bikin spoil ajelah... Bertambah tak puas hati bila melihat ini:-






Agaknya mereka yang buat kerja-kerja Vandalisme ni memang tak tahu nak jaga kecantikan dan keindahan serta kemudahan yang dah disediakan oleh pihak berkuasa. Tak tahu nak menggunakan tarikan yang ada sebaiknya. Sedih betul dan rasa malu pula nak mengaku Queen ni orang Klang!

Memang tak bertanggungjawab sungguh! Huh... Pihak berwajib juga seakan tidak menjaga kebersihan di sini.. huhuhu sedih betul.. dari teruja dah down sudah dan akhirnya terus ajak En. Hubby pulang ke rumah mak.


p/s: setiap kali datang ke sini pasti teringat kenangan bersama arwah abah.. Arwah seringkali membawa Queen bersiar-siar di sini apabila hujung minggu. Rindu sangat saat-saat itu... Al-Fatihah.. semoga rohmu dicucuri Rahmat... Amin

26 comments:

  1. Bila dah pindah kelak hero kecik itu mesti nak ke sini selalu. Boleh makan tepi pantai itu yg best Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak zakie.. dekat pun dekat.. dah besar lg ayah dtg dgn anak utk memancing pula.. hehehe

      Delete
  2. Lama dah tak pegi muara ikan bakar ..... Selalunya kalau pegi situ time family gathering je... Makan besar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Queen pun. lama dah x mkn kat muara ni. Rasanya last dtg sini buka puasa tahun bila pun dah tak ingat.. tp yg pasti Ammar blm ada lg.. hehehe

      Delete
  3. pcl penah sekali je sampai...makan-makan kat muara ikn bakar tu, dan biasalah xtvt memancing tak lupa...skrg ni xder geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde geng yer.. kenalah cari geng PCL

      Delete
  4. alahai sayangnya kapal besar mcm tu tak dijaga...dgn conteng sana sini...siap bau hancing pulak..tu kalau jaga betul2,baiki lg kan boleh jadi daya tarikan kat situ..

    errr tak pernah smpai lg kat situ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syg sgt.. kapal tu dari jauh mmg nampk mengujakan.. bila dah dekat.. xtau nak kata ape..

      Delete
  5. kitaorang pun baru lepas pergi setelah hampir setahun tak datang... sayang la tempat tu makin teruk kena vandalisme....

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah.. kawasan ni yang selalu berkunjung adalah mat-mat rempit.. ada yg dtg dating2 tu xde keja buat keja vandalisme ni..

      Delete
  6. belum pernah sampai sini lagi. macam takde harapan je nak pergi tanjung harapan kalau camtu keadaanya.

    mesti lepas balik dari tempat tu kulit korang bertiga ada gelap skit kan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tp restoran ikan bakar tu masih boleh pegi.. hehehehe

      mana ada gelap.. kejap je pun lepak kat situ...

      Delete
  7. masa malam new year haritu nak pergi sini,,sesak gile,,terus balik,,tak jadi singgah makan tauhu bakar..:(

    merosakkan pemandangan cantik je diorang ni..ish3x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlm new year? haruslah sesak.. sedgkan malam minggu pun dah penuh..

      Delete
  8. pernah pergi sana utk acara makan-makan je..hehehe...suasana malam kat sana ok jgk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu suasana malam mmg agak happeningla..

      Delete
  9. suka tgok gambar2 queen dgn Amar..mesti manja si Amar ni ye..maklumlah sorang2 dia aje..

    BIASALAH QUEEN ORANG KITA NI TERKENAL DGN PENGOTOR NYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. Ammar ni mmg manja kak.. kdg2 x larat dah nak layan manja dia tu.. kdg2 smp ke tahap mengada-ngada pun ada.. tp anakkan.. layankan ajela..

      erm.. tula yg sedihnya..dah cantik dan elok kotor pula tu..

      Delete
  10. assalamualaikum queen...yer la kenapa gambar ada yg jadi mcm tu ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam maszull.. tuls yg bingungnya ni. knp jd mcm tu.

      Delete
    2. Wkumsalam maszull.. tuls yg bingungnya ni. knp jd mcm tu.

      Delete
    3. Wkumsalam maszull.. tuls yg bingungnya ni. knp jd mcm tu.

      Delete
    4. Wkumsalam maszull.. tuls yg bingungnya ni. knp jd mcm tu.

      Delete
  11. gambar tak dapat tengok... hohoho

    ReplyDelete

Carian Anda...

Loading...

statcounter