PENGEDAR JAMU SUSUK DARA

Entri Terkini

Carian Anda...

Loading...

Thursday, April 5, 2012

Panduan Berpindah ke Rumah Baru Mengikut Islam

Assalammualikum rakan-rakan semua. InsyaAllah hujung minggu ini Queen akan berpindah ke rumah baru. Sebelum berpindah ni Queen adalah google-google panduan nak masuk rumah baru mengikut Islam. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang perkara yang tak kita ingini berlaku. Sebagai orang Islam juga adalah digalakkan untuk kita mengikuti adab-adab dan mengamalkan doa-doa yang telah digariskan untuk panduan kita semua.

Bilakah masa yang terbaik untuk pindah ke rumah baru, maksudnya untuk mendiami / ‘meniduri’ rumah tersebut?

Sepanjang pembacaan kita, tidak ada nash daripada al-Quran dan sunnah mahupun kata-kata ulama yang menentukan masa terbaik untuk pindah ke rumah baru. Walau bagaimanapun Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu menganjurkan membuat amalan-amalan pada masa-masa tertentu, umpamanya Baginda suka membuat pekerjaan pada waktu pagi, seperti pergi ke masjid pada waktu pagi. Sementara hari-hari pula, Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan puasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini menunjukkan hari-hari tersebut mempunyai kelebihan berbanding hari-hari yang lain.

Amalan juga akan berganda-ganda pahalanya apabila dilakukan pada hari Jumaat seperti amalan bersedekah dan amalan-amalan kebajikan yang lain. Maka digalakkan sekiranya kita juga cenderung untuk berpindah ke rumah baru pada hari-hari yang Nabi suka membuat amalan atau menganjurkan amalan pada hari tersebut.

Apakah doa dan bacaan yang perlu dibaca apabila baru pertama kali mendiami / ‘meniduri’ rumah tersebut?

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله 

(رواه أبو داود)

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia 
Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik 
Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Jika rumah yang hendak dimasuki itu tidak ada orang yang berada di dalamnya, maka berilah Salam ke atas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”
Adapun salah satu hikmat membaca atau menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah 
Itu adalah supaya mengindarkan syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah. 

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan serta sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“Jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Satu perkara yang ingin Queen kongsikan di sini di mana Queen pernah bertanya pada seorang sahabat yang Tahfiz mengenai ayat Quran yang digantung di dinding rumah. Sahabat Queen menyarankan agar janganlah membeli sebarang ayat Quran untuk digantung di dinding. Ini memang sangat silap kalau dilakukan juga.
 
Membeli ayat untuk digantung ini mahal harganya hingga beratus ringgit. Membazir. Membazir adalah kerja syaitan. Alquran Allah turunkan untuk dibaca, difahami dan seterusnya diamalkan dan bukan untuk gantungan. Nama Allah dan Muhammad juga bukan untuk digantung. Allah untuk diibadati. Nabi tidak pernah mengajar untuk gantung AlQuran dan nama Allah serta Muhammad tetapi ini adalah pengaruh dari budaya orang kafir. 

Waallahualam.. semoga panduan ini dapat kita manfaatkan bersama. Jika kita percaya kepada Allah dan yakin kepadaNya InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi olehNya.

40 comments:

  1. alamak kak, br tau panduan ni... semnpat la renjis rumah ngan air Yassin, but tak smpt lg nak baca yassin 7mlm pertama tu... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. masih sempat utk memulakan... :)

      Delete
  2. Islam memberi peraturan amat mudah utk kita, terpulang pada diri masing-masing - tepuk dada tanya iman. Mana yg baik ikutlah yg tak boleh baik tinggalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. bg Queen cara Islam ini adalah amat mudah utk kita amalkan...

      Delete
  3. Selamat masuk rumah baru Queen, penah dulu pcl pasang cd surah yassin dan surah al baqarah., sesambil tu lepas solat bace sendiri...alhamdulillah.

    p/s , rumah baru mesti teringin perabut baru..eh tak sabar nak beraya nih..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PCL... Mana2 yg mudah PCL.. mana berkesempatan kita lakukan sendirikan...

      p/s: ngeeeee perabut baru bkn la dlm masa terdekat ni PCL.. kalau ada budgetnya boleh dipertimbangkan.. buat masa ni guna yg lama dahulu... nk beraya ye? InsyaAllah...

      Delete
  4. bagus entry kali nie.. sket sebanyak bleh buat reference.. huhu! cuma k.eita nak tegur sket point yg last tu jer.. sblm nie k.eita pernah terbaca yg hukum menggantung ayat Al-quran tu adalah harus.. sal bleh refer at this link :-

    http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2010/03/hukum-gantung-ayat-al-quran.html

    kdg2 bab hukum hakam nie mmg berat sket.. sama2 laa kita berkongsi ilmu & slmt berpindah ke rumah baru sal ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kak eita, sal pun x kata hukum menggantung ayat Al-Quran tu haram.. cuma adalah lbh baik kita mengamalkannya dgn membaca. Nak gantung itu terpulang kpd yg berkemampuan nak beli sbb mmg sal tgk harga ayat2 yg ada tu semuanya mmg mahal2 lg2 yg diframe cantik2 tu... ngeeeee... BTW thanx for the link..

      Delete
    2. Aku x setuju kalau ayat2 tu hanya digantung semata2 untuk tujuan perhiasan...ada lah lebih baik menggantung ayat2 lazim...contohnya 4 KUL .. tapi jangan lupa semak dulu semua tanda dan baris pada setiap ayat...kadang tu ada yang tersilap...ayat yang panjang2 mcm surah yassin tu maybe tak berapa sesuai, sebab kebisaannya kalau ayat2 yang panjang,orang jarang baca... kalau yang pendek tu lebih senaang dibaca...Apa2 pun, peliharalah kesucian Al-Quran...

      Delete
    3. betul tu anon.... sesuatu yg kita buat tu biarlah mendatgkan manfaat dan kebaikan.

      Delete
  5. good info makcik....
    almaklumler ...aku nie pun leh tahan penakutnye...
    jd bila da bc nie...dpt gak tau cr2...utk mengelakkan dr berlaku perkara-perkara yg seram...
    gegegege

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni mmg penyeramkan cik.. sbb tu aku buat entry ni utk ko.. kehkehkeh

      Delete
  6. terima kasih Queen....info yang menarik...Kancil akan ingat dan jadikan panduan untuk kancil masuk ke rumah baru nanti...terima kasih lagi dengan maklumat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama kancil.. ilmu dan panduan yg ada kenalah kongsi sesama kan...

      Delete
  7. er kak queen...jadi hukum sebenarnya gantung ayat suci n nama Allah muhammad tu macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. munna boleh baca kat sini untuk make surekan hukumnya.. :)http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2010/03/hukum-gantung-ayat-al-quran.html

      hukumnya HARUS

      Delete
  8. setuju dengan pendapat menggantung ayat al quran.... pernah dengar tapi tak salah untuk berbuat demikian... yang afdhalnya bila di gantung bila kita duduk rehat2x tu kita boleh membaca sekali ayat alquran tersebut.... tapi kalau beli yang tulisan khat sampai susah nak baca pun tak guna juga...kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau digantung sekadar buat hiasan sahaja mmg tiada gunanya...

      Delete
  9. info yang sangat berguna,thank you sharing.nie mesti nak masuk umah bru kan...wahhh tak sabarnyer kan nak duk umah sendiri..sy memula dolu pon excited jugak..

    selamat berpindah ke rumah baru yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome.. yup mmg nak masuk rumah baru x lama lg.. InsyaAllah.. anyway thanx

      Delete
  10. serius sangat berguna tips ni queen ;)
    tenkiu sudi sharekan..memang tengah mencari2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeeee yela sure u pun nak masuk rumah baru gakkan?

      Delete
  11. TQ sharing Queen ..
    kalau kita dah duduk dlm rumah yg kita pindah , kita nak amalkan punn ok kan ;)

    ReplyDelete
  12. kalau orang tua dulu memang cara memagar rumah dgn cara yg xbetul, diaorang sendiri ikut/belajar dari atuk2/org tua diaorang. sekarang bila mudah dapat maklumat, memang patut guna cara islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro denai... sepatutnya kita ikut cara Islam lebih diyakini.

      Delete
  13. salam...


    penting ni...kata org nanti x ada benda kacau...tapi x taulah betul ke tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      mmg penting. InsyaAllah kalau kita ikut syariat Islam.. ikut segala panduan dlm Islam pasti Allah SWT akan melindungi kita dr perkara2 yg x diingini tp dgn syarat bermohon perlindungan itu hanya kepada Allah SWT.

      Delete
  14. Banyak benda baru msred dapat tahu dari entry ni especially yg takleh gantung ayat quran tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. msred bkn x boleh cuma ia diharuskan sahaja.. dan sebaiknya kitagantung ayat tu ada manfaatnya bkn sekadar perhiasan shj.

      Delete
  15. pernah dgr kalau masuk rumah baru kena azan dkt tgh2 rumah.. :)

    ReplyDelete
  16. ilmu yg sangat berguna untuk kita... nice sharing dear..

    ReplyDelete
  17. nice sharing.. ;)
    sesuai bagi mereka yang nak berpindah rumah baru.. ;)

    ReplyDelete
  18. thanks for the info..nanti nak masuk..kena print info ni.. :-)

    ReplyDelete
  19. Sangat berguna info ini.. baru print and nak praktikkan bila saya pindah bulan depan. terima kasih sebab kongsi article.

    ReplyDelete
  20. salam Queen,

    bagus betul info ni. Mudah2an ramai yg mendapat kebaikan dari n3 ni..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..dapat gak tips naik umh baru..tima kasih byk2..stakat ni saya buat solat fardhu & solat hajat disemua bilik, ruang tamu, ruang keluarga & dapur..

    ReplyDelete
  22. Thnks bebnyk sudi kongsi.. sy pn br nk msuk rumah.... alhmdulillah...

    ReplyDelete
  23. Slm. Tq atas panduan. Sy pun akan msuk rumah bru...
    Pendapat peribadi...x slh nak gantung ayat al quran @ nama Allah & Muhammad. Semoga ia mengingatkan kta bila terpandang. Ylh drp dinding rmh kosong & d gantung gmbr @ bnda yg x berfaedah. Nak beli hiasan dinding berkaitan agama biarlh berpada2. Jgn terlalu berkira n anggap ini membazir jika berkaitan agama. Bagaimana dgn masjid yg bnyk ayat2 al quran n nama Allah n Muhammad d dinding. X cantik klau dibiarkn kosong kn. Biarlah seiring, apa yg kta gantung kita amalkn.

    ReplyDelete
  24. Apakah perlu rumah yg kita nak pindah itu disamak krn sebelum itu petnsh didiami oleh org bukan islam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute